Mimi dimasukan ke Hospital akibat p3ha cedera

Penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di paha kiri ketika menjalani latihan di Kuala Lumpur, semalam.
Pemeriksaan x-ray di sebuah pusat perubatan swasta mengesahkan kecederaan yang dialami pada otot paha kiri penyanyi itu dan kini sedang menunggu keputusan imbasan magnetik (MRI).
Mimi yang begitu dikenali dengan tarian dan aksi lincah serta bertenaga di atas pentas ketika membuat persembahan namun dia sama sekali tidak menjangka gelekannya itu mendatangkan mudarat kepadanya.
"Pada mulanya saya langsung tidak perasan yang peha saya mengalami ketegangan yang tidak normal. Ketika sedang berlatih menari saya merasakan pedih di bahagian paha namun saya ingat tiada apa-apa.
"Kali kedua saya merasa sakit di bahagian peha sehinggakan saya terjatuh dan tidak boleh berjalan. Dalam keadaan menangis itu saya memanggil pengurus dan dia membawa saya ke hospital," kata Mimi ketika dihubungi oleh BH Online sebentar tadi.
Selain aktif menyanyi, Mimi juga sedang menjalani latihan bagi menjayakan watak sebagai Inspektor Dira untuk babak 'undercover' yang memerlukannya untuk beraksi lasak.
Mimi dijadualkan untuk menjalani penggambaran filem Gerak Khas di bawah arahan Datuk Yusof Haslam bermula pada 25 Februari.Credit Bharian 


Catat Ulasan