4 Gambar : Wanita parah kereta Volkswagen Polo rempuh Treler

Rembau : Seorang wanita parah apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler membawa muatan kepingan plat besi di Kilometer 230.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah hari di lebuh raya arah utara itu, Sharifah Suhaila Syed Othman, 27, tersepit dalam kereta Volkswagen Polo yang remuk.


Mangsa dipercayai patah kedua tangan dan kaki kiri, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau dan Alor Gajah, turut dikejarkan ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.Credit Bharian, DTR


Catat Ulasan