Gandingan Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir nyata membawa tuah untuk Filem Villa Nabila, memandangkan kedua-dua Pelakon ini berasal dari Negeri yang sama iaitu Kelantan.
Pekin Ibrahim berasal dari Kota Bharu manakala Tisha Shamsir berasal dari Pasir Putih, mungkin ini adalah secara kebetulan namun ianya penuh impak untuk filem ini di samping pelakon-pelakon hebat yang lain.
Filem yang membuka tirai tayangan produksi tempatan tahun ini, Villa Nabila terbitan Skop Productions Sdn Bhd telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.3 juta sejak ianya mula ditayangkan 15 Januari lalu.
Menurut laporan Media Hiburan, pihak penerbit menjangkakan filem yang diarahkan oleh Syafiq Yusof itu boleh mencapai sasaran sebanyak RM3 juta pada hujung minggu ini.
Villa Nabila yang dibintangi Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir mengambil latar kisah benar yang berlaku di banglo lama dikenali sebagai Villa Nabila di Johor Bahru.
Filem ini mengetengahkan subjek kisah-kisah misteri yang pernah dikaitkan dengan banglo tersebut yang pernah tersenarai di antara 10 rumah paling berhantu dan ‘keras’ di Malaysia. Credit MNH
Catat Ulasan