Video : Gempar Kumpulan Bertopeng Ugut Bunuh Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur : Sebuah kumpulan yang mengelarkan diri mereka ‘Anak Malaysia Anti Demokrasi’ mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan keretanya.

Menurut mereka tindakan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan ketua-ketua agensi kerajaan agar tidak melakukan penipuan di dalam sistem demokrasi.

Di dalam rakaman berdurasi 1:28 minit itu, tiga lelaki yang memakai topeng itu turut berkata negara-negara berfahaman komunis seperti China dan Russia menjadi maju kerana menolak sistem demokrasi

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, individu yang memakai baju hitam itu turut melemparkan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Mereka turut cuba menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Terdahulu sekumpulan NGO menuntut Khalid berundur ekoran dakwaan meningkatnya amalan salah guna kuasa dan tekanan terhadap kebebasan di negara ini.

Mereka merancang mengetengahkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid kerana tidak puas hati terhadap tindakan polis bertindak berdasarkan komen di Internet.

“Kami akan susun strategi sama ada (pengunduran Khalid) melalui petisyen atau minta menteri dalam negeri adakan mesyuarat untuk bentangkan kenapa kita perlu seorang macam IGP letak jawatan,” kata pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan petang tadi.

Selain BERSIH, gesaan sama dikongsi oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International, kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan mahasiswa dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Kesemua badan bukan kerajaan ini merupakan antara kumpulan yang sering melanggar undang-undang mengadakan perhimpunan haram dan demontrasi di atas jalan raya sehingga mencetuskan beberapa kekecohan dalam BERSIh 1 dan II beberapa tahun lalu.

Masyarakat sebelum ini gempar dengan penyebaran rakaman sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia yang turut mengugut untuk menyerang dan meletupkan mahkamah sebagai mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan.

Mereka memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.

Polis kemudiannya melakukan siasatan bagi mengesan mereka yang terlibat dengan pembikinan video tersebut. Credit SuaraTV



Catat Ulasan