4 Gambar Sayu : Jenazah 3 beranak maut ketika ziarah TGNA di semadikan

Bachok: Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Melawi- Tok Bali, Kampung Telong, di sini, petang ini.

Difahamkan mangsa yang maut dalam perjalanan pulang ke Bukit Payong, Terengganu selepas menziarah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

Hari ni seorang lagi meninggal dunia mangsa Mohammad Zakuan Danish Roslan, 6, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pagi tadi.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Semalam, bapanya, Roslan Mamat, 34, dan adik bongsunya Nur Airish Alisya, 3 bulan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya Mimi Suharti Abdul Ghani, 38, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superitenden Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan Mohammad Zakuan meninggal dunia 9 pagi tadi.

Solat jenazah 3 beranak di perkuburan Kg Pak Madah, disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Jenazah tiga beranak tersebut di semadikan dalam satu liang lagi sudah disediakan untuk disempurnakan selepas solat asyar petang tadi. Alfatihah.


Catat Ulasan