Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penyebaran video artis Zamani yang tersebar dalam keadaan bergari.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman itu.
"PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya menerusi laman Twitter tadi.
Video berdurasi 1 minit 23 saat itu menunjukkan artis terbabit duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis.
Video itu mula menjadi viral pada hari ini dan kebanyakkan orang ramai mengkritik tindakan mengaibkan itu.
Semalam, penyanyi terbabit ditahan polis bersabit kesalahan memiliki dadah dan sudah direman selama empat hari bermula semalam.
Catat Ulasan