Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan menerusi akaun Facebook telah memuat naik gambar ayahnya, Datuk Chef Wan yang kini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Gambar ini disertakan dengan status Serina yang mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayah kesayangannya itu;
"Papa please get well soon..rina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa.Doktor tak benarkan..sbb papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit..to all my fans & family pls doakan papa @chefwan58 serina cepat sembuh dari Bronchitis infection.Love u."
Takziah diucapkan kepada Chef Wan. Media Hiburan mendoakan agar kesihatan Chef Wan semakin pulih dan dapat kembali ke dapur seperti biasa.Credit Media Hiburan
Catat Ulasan