Video : Peragut bodoh paling lucu kena Troll di Media Sosial

Kuala Lumpur  : Bak kata orang tua, setiap perbuatan pasti ada balasannya dan itulah yang terjadi dalam satu kejadian ragut yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook hari ini.

Di dalam rakaman CCTV yang berdurasi 30 saat itu, seorang wanita diragut ketika sedang berjalan di sebuah lorong kawasan perumahan.

Wanita yang memakai tudung berwarna merah jambu itu diragut seorang lelaki yang menaiki motosikal dalam satu kejadian yang dikatakan berlaku di negara jiran, Indonesia.

Sejurus selepas merampas beg tangan wanita terbabit, peragut itu dilihat melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya yang diletakan tidak jauh dari tempat kejadian.

Bertindak pantas untuk menyelamatkan dirinya, mangsa dilihat segera segera menunggang motosikal yang ditinggalkan oleh peragut itu.

Rata-rata menyifatkan tindakan bodoh lelaki tersebut sebagai melucukan apabila dia dilihat cuba berpatah balik untuk mendapatkan motosikalnya, namun terpaksa mengejar wanita tersebut.

Seorang pemilik akaun Facebook, Noor Syahidah menyifatkan keadaan itu lucu dan membuat jenaka dengan membuat andaian wanita tersebut tidak akan berjalan kaki lagi kerana telah mendapat sebuah motosikal secara percuma.

“Sistem barter dengan peragut,” katanya di laman sesawang Facebook.

Bagi Asrul Affendey, peragut tersebut pasti akan berasa serba-salah untuk membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Bagi Esfuze Izara, dia menganggap video tersebut sebagai lakonan untuk iklan rakaman kamera video dan hanya dilakonkan untuk dijadikan viral.

Fique Fey berkata, walaupun ianya dianggap lakonan, namun ianya berjaya mengembirakannya.

“Video ini berjaya buat aku gelak walaupun video ini dibuat untuk kesedaran,” katanya.

Sama ada benar atau sebaliknya kejadian ini, ianya memberikan rasa lucu kepada mereka yang melihat video ini sekaligus memberi kesedaran kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ragut.Credit Suara TV


Catat Ulasan