Bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi keterujaannya menaiki van selepas 10 tahun dan memuat naik gambarnya itu di Instagram.
Difahamkan baru-baru ini Azrinaz dan rakan-rakan medianya telah menghadiri majlis perkahwinan rakannya yang dikenali sebagai Anis Sharudin di Johor.
Semua tahu kerjaya Azrinaz sebelum ini sebagai wartawan lintas langsung yang perlu ke mana-mana sahaja dan menaiki van itu adalah rutin biasa.
Walaupun memiliki kereta mewah jenama Ferrari, naik van itu umpama alah bisa tegal biasa semasa bergelar wartawan penyiaran.
Tetapi selepas berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, kerjayanya lama itu telah lama dia tinggalkan.
Dalam entri yang sama, Azrinaz juga berkongsi gambar menjamu raja buah iaitu durian, kelihatan dia tidak kekok dan keseronokan jelas terpancar di wajahnya.
Apa-apa pun, gaya selamba diri Azrinaz mencerminkan keperibadiannya, walaupun pernah berada di puncak, dia tidak pernah lupa di mana buminya berpijak.Credit Murai.Com
Catat Ulasan