PM, TPM bakal terima menantu masing-masing hujung bulan ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menerima menantu pada penghujung bulan ini.

Lebih menarik lagi, kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu bakal menerima menantu lelaki bukan berbangsa melayu.

Anak perempuan sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, 26, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, warganegara Uzbekistan, Daniyar Kessibayev.

Menerusi kad perkahwinan yang tersebar di laman sosial sejak awal bulan lalu, Nooryana dan Daniyar bakal bersanding pada 28 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sementara itu, anak kepada TPM, Najwa Mahiaddin pula bakal berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa cina, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.

Menurut sumber, kad jemputan juga telah diedarkan kepada tetamu Najwa dan Idris.

Najwa dan Idris telah melangsungkan majlis pertunangan pada 8 Disember tahun lalu.Credit Astrogempak 


Catat Ulasan