Penyanyi Rihanna di pilih wajah terbaru DIOR

Penyanyi popular Rihanna bukan sahaja laris dalam bidang seni suara, malah turut menjadi pilihan banyak rumah fesyen untuk mewakili jenama mereka. 
 
Terbaru, pelantun lagu 'FourFiveSeconds' ini telah dipilih sebagai wajah terbaru Dior untuk kempen Secret Garden yang akan dilancarkan pada musim luruh ini. 

Kejayaan ini meletakkan Rihanna sebaris dengan beberapa bintang terkenal lain yang pernah mewakili Dior seperti Jennifer Lawrence, Marion Cotillard dan Natalie Portman. Lebih membanggakan, Rihanna juga menjadi wanita kulit hitam pertama dipilih sebagai duta jenama ini. Credit Mediahiburan 


Catat Ulasan