Kekasih tetap sokong Nazim walaupun hidap Kanser Otak ?

Keadaan kesihatan pelakon Nazim Othman menjadi bualan hangat namun dia memilih untuk mengunci kemas mulutnya dari membuat sebarang kenyataan. Teman rapatnya, pelakon Bella Dally juga enggan mengulas lanjut mengenai perihal itu.
"Sebenarnya mengenai kesihatan Nazim, saya tidak berhak untuk membuat sebarang kenyataan. Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap berada di sampingnya untuk memberikan sokongan kepada Nazim," kata Bella kepada BH.
Nazim dan Bella enggan membuka mulut mengenai hubungan rapat mereka dan tidak mahu mencanang perihal cinta sebaliknya ingin fokus kepada perkembangan kerjaya mereka.Credit BH


Catat Ulasan