5 Gambar : Penjelasan Zizan siapa sebenar nya Yasmin di mata nya

Teka-teki yang timbul membabitkan percintaan pelawak, Zizan Razak dengan 'orang kuat Astro' akhirnya dijawab pelawak itu pada sidang media selepas berakhirnya pratonton filem Cicakman 3, di ibu negara malam tadi.
Hero filem arahan Yusry Abdul Halim itu bagaimanapun menganggap kontroversi yang melanda dirinya sejak dua minggu lalu sebagai fitnah.
"Rasa kelakar bila dapat tahu isu ini keluar, tak tahu macam mana perkara ini boleh timbul dan tak tahu ini fitnah jenis apa. Saya menganggap Puteri Yasmin Megat Zaharuddin itu seperti kakak saya di luar dan manager atau bos saya ketika bekerja.



"Saya menyokong apa yang dikatakan Yasmin ia sebagai suatu fitnah. Apa pun saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana semakin banyak benda positif yang ingin saya buat banyak pula perkara negatif timbul, saya percaya ia adalah dugaan yang harus saya terima untuk tahun ini," katanya.
Sebelum ini, Zizan dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Yasmin yang juga Naib Presiden GenNext Astro, sehingga hubungannya dengan kekasihnya yang juga pelakon, Emma Maembong retak.
Bagaimanapun, Zizan enggan menjawab mengenai status hubungannya bersama Emma hingga setakat ini.
Sebelum itu, Yasmin yang ditemui media pada suatu majlis di ibu negara, berkata dia sudah memberikan kenyataan apa yang dirasakan wajar sebelum ini.
"Tidak ada kebenaran (mengenai dakwaan hubungan dengan Zizan), saya tahu anda semua pun tahu.
"Saya tidak akan membuat sidang media untuk menjelaskan perkara itu lagi," katanya.Credit BH


Catat Ulasan