Video Cemas: Tiga lelaki berpistol rompak Kedai Emas Di Giant, Banting

Banting : Video kejadian sebuah kedai emas di Pasaraya Giant, Banting, Selangor yang dirompak oleh tiga individu bersenjatakan tukul dan pistol yang didakwa berlaku tengah hari tadi, kini tersebar di laman YouTube.

Melalui rakaman berdurasi tersebut perompak terbabit turut melepaskan dua das tembakan amaran ke udara dipercayai bagi menakut-nakutkan pekerja kedai berkenaan serta orang ramai.

Penjenayah terbabit kemudiannya memecahkan cermin pameran barangan kemas dan melarikan pelbagai barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan subang.

Menurut sumber polis, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang tebusan ataupun orang awam yang tercedera.

Identiti suspek yang semuanya memakai topeng penutup muka tidak dapat dikenalpasti.

Menurut seorang pegawai polis dari Balai Polis Banting pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes tersebut.Credit SuaraTV


Catat Ulasan