Alhamdulillah : Presiden SENIMAN Zed Zaidi lawat Tan Sri Jins hari ini

Bekas Senator dan pengarah filem, Tan Sri Jins Shamsuddin, 79, yang menghidap Alzheimer ketika menerima lawatan Presiden SENIMAN Zed Zaidi di kediamannya di Hulu Klang, pagi tadi.

Menurut anakndanya " Ayah masih sihat, makan dan minum seperti biasa cuma mungkin faktor usia makan tak banyak seperti dulu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi akan menziarahi Jins pagi ini (Isnin) untuk bertanya khabar selain mendapatkan perkembangan terkini seniman veteran itu.

"Sebenarnya sebelum ini kita sudah beberapa kali bertemu beliau dan Alhamdulillah beliau sihat, cuma mungkin keadaan terbaru kita tidak pasti kerana berdasarkan gambar nampak kurus sedikit.

"Apapun saya dan rakan-rakan akan mendapatkan maklumat daripada keluarga beliau terlebih dulu dan akan memberi bantuan sewajarnya jika diperlukan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Credit Harian Metro, Foto Mior Azlan Mior Kamarulbaid



Catat Ulasan