Gambar seorang orang awam yang memakai baju dengan tulisan kurang sopan viral di internet sejak beberapa hari lalu.
Gambar yang mula dikongsi pemilik akaun Twitter @thezulfo memaparkan seorang lelaki yang dikatakan sedang duduk mendengar khutbah solat Jumaat, memakai pakaian bertulis I Masturbate, Identiti lelaki berkenaan tidak pula diketahui.
Dalam tinjauan di laman sosial, ramai yang mengkritik dan meminta agar umat Islam lebih peka dengan pakaian yang dipakai ketika solat. Ini kerana umat Islam disarankan memakai pakaian yang sopan dan dan tidak melambangkan unsur kemaksiatan.
Namun bagi admin mereka yang memakai baju tersebut adalah perkerja asing yang beragama islam yang rata-rata antara mereka tidak memahami apa maksud sebenar yang ditulis pada baju mereka.
Rata-rata antara mereka membeli baju tersebut di kedai-kedai menjual pakaian bunddle yang lebih murah dengan kauliti kain yang agak ok, mengenai maksud dan apa yang ditulis pada baju tersebut tidak lah mereka ketahui, jadi siapa yang perlu disalahkan .. ada pasti tahu.
Catat Ulasan