Minggu lalu, laman sosial dipenuhi dengan alkisah seorang gadis cantik yang memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki yang tidak berupa.
Banyak khabar angin dan gosip liar mula tersebar. Sesetengah pengamal media sosial beranggapan wanita berkenaan, Adiela Safiyyani telah dibomohkan untuk jatuh cinta kepada lelaki itu.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan username fitrikosnan telah mengongsikan gambar tersebut bersama andaian yang mengatakan bahawa lelaki yang bergambar dengan wanita cantik itu gila harta. Hashtag #TweetPenuhHasadDengki turut disertakan pengguna terbabit.
Tak disangka pemilik gambar berkenaan membidas kenyataan yang diluahkan fitrikosnan lantas membuatkan pengguna Twitter itu terkedu.
“Minta maaf, ni suami saya, dia kerja bawa lori je, bukan anak orang kaya, tak baik sebar fitnah, tak kenal jangan teka-teka je,” jawabnya.
Tidak semestinya si cantik pasangannya yang handsome sahaja. Kalau begitu masakan wujud kisah dongeng Beauty and the Beast bukan ? Credit mylaunchpad
Catat Ulasan