Shah Alam : Aksi salah seorang pemain Kelantan, Wan Zack Haikal yang menunjukkan tanda ‘salute’ dan hormat kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, selepas perlawanan menentang Singapura semalam menjadi viral di laman sosial.
Pemain yang memakai jersi nombor 11 itu dilihat memberikan aksi tabik hormat sambil menunjukkan bajunya yang tertera gambar bekas Menteri Besar Kelantan berkenaan, selepas pasukannya, The Red Warriors menewaskan Lions XII, malam tadi.
Penyokong dan peminat bola sepak tanah air rata-ratanya memuji pemain berkenaan yang disifatkan sebagai penghormatan tanda ingatan kepada pemimpin ulama itu.
Wan Zack juga dipuji kerana tampil dengan pakaian lengkap menutup aurat dengan tidak menampakkan kepada lutut.
Dalam perlawanan Liga super malam tadi, pasukan The Red Warriors mempamerkan aksi cemerlang apabila melakar kemenangan kedua berturut-turut menumpaskan jaguh Singapura itu dengan jaringan 2-0.
Beraksi di hadapan 25,000 penyokong mereka, The Red Warriors mula menunjukkan taring apabila menjaringkan gol pertama seawal minit ke-enam menerusi tandukan pemain pertahanan, Jonathan McKain.
Jaringan kedua kemudian disempurnakan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menerusi sepakan percuma pada minit ke-42.Credit SuaraTV
Catat Ulasan