7 Gambar : Majlis akad nikah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari hari ini

Petang ini berlangsung Majlis Akad Nikah pelakon jelita Yana Samsudin dan pasangan nya Fadhil Zahari adik kepada pelakon popular Farid Kamil.








Yana Samsudin turut menceritakan yang Fadzil Zahari menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 yang lalu selepas beliau membuat kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin sekitar tahun lalu dan merupakan cubaan kedua selepas kali pertama tahun 2010.


Mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Yong Peng, Johor pasanganYana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat diijabkabul dalam satu majlis sederhana yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars.
Fadzil Zahari & Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah menyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran.
Resepsi perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari akan dilangsungkan esok iaitu 14 Februari secara besar besaran di Dataran Gemilang, Yong Peng dan pasangan ini memilih lokasi itu untuk berkongsi kegembiraan dengan para peminat. Lagi gambar di Roti Kaya .
Tahniah buat kedua dua belah keluarga atas penyatuan dua hati ini. Semoga ikatan yang terbina ini kekal selamanya dan cepat dikurniakan cahayamata. Untuk anda, berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini hari ini.


Catat Ulasan