Kota Bharu : "Kalau boleh saya mahu lihat jenazah terakhir Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) buat kali terakhir. Saya rasa tenang dapat hadir untuk ziarah terakhir ini biarpun bawa anak kecil," luah ibu yang membawa anak kecil,Nor Safuan Jalilah Abdul Mutalib, 24, kepada Sinar Harian semasa ditemui di hadapan kediaman Allahyarham di Pulau Melaka, di sini, pagi ini.
Nor Safuan Jalilah yang turun dari jam 8 pagi bersama suami, Mohd Razwadi Ghazali, 35, turut membawa dua anaknya, Sallim Annajmi, 4, dan Sallim Annaseem, 4 bulan.
Nor Safuan Jalilah yang turun dari jam 8 pagi bersama suami, Mohd Razwadi Ghazali, 35, turut membawa dua anaknya, Sallim Annajmi, 4, dan Sallim Annaseem, 4 bulan.
Dia mengakui pernah bertemu Arwah yang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan II (HRPZII) lebih tiga tahun lalu teruja untuk melihat jenazah buat kali terakhir.
"Saya juga selalu hadir pada majlis ceramah di Dataran Ilmu setiap pagi Jumaat. Anak-anak tidak meragam walaupun berada di tempat ramai," katanya.
"Saya juga selalu hadir pada majlis ceramah di Dataran Ilmu setiap pagi Jumaat. Anak-anak tidak meragam walaupun berada di tempat ramai," katanya.
Catat Ulasan