Peminat kecam Saari Amri terus kaitkan Siti dalam isu Zamani

Melalui web hiburan popular Roti Kaya Pencita lagu terkenal tahun 90an Saari Amri terus menerus mengaitkan Siti Nurhaliza dengan isu  Zamani Slam yang terlibat dengan najis dadah sejak 10 tahun lalu, walaupun Zamani sendiri telah meminta semua pihak jangan kaitkan Siti dengan apa yang berlaku dalam hidup nya.

Petikan Web Roti Kaya : 

Menerusi laman sosial itu, Saari menulis kenyataan merujuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca Zamani terlibat dengan gejala penangihan dadah.

Saari memberitahu, dia tidak berniat mencetuskan apa-apa isu sebaliknya ia timbul atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa vokalis kumpulan Slam itu.

“Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.

“Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.

“Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet‘ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul. Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu,” katanya dipetik daripada Malaysian Digest. 

Kami yakin, tahun 2015 ini merupakan tahun perubahan yang lebih baik kepada Zamani dan tidak mustahil sekiranya nama yang pernah popular dan gah satu ketika dahulu ini mampu menggenggam anugerah sekaligus menjadi pendorong kepada insan lain.
Maka ramai lah pendapat dan para pelayar media sosial memberi komen akan kenyataan itu dan rata-rata nya mengecam apa yang di lakukan Saari Amri seseolah mengungkit kembali apa yang telah berlaku.

Ada pula yang menyatakan Saari Amri cuba menumpang dan menaikkan popularliti nya kembali dari setuasi yang berlaku, apa-apa pun itu pendapat mereka pendapat anda bagaimana pula ? 



Catat Ulasan