Kebun milik seorang mak andam di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, di sini, kini menjadi perhatian selepas tiga pokok labu air yang ditanam mula berbuah dan bersaiz besar.
Amira Mukri, 53, berkata, tiga biji labu gergasi yang terdapat di kebunnya itu berukuran kira-kira satu meter panjang dan seberat tujuh kilogram setiap satu.
Bagaimanapun, dia kecewa apabila labu gergasi berkenaan dipuja oleh segelintir kaki nombor ekor tanpa kebenaran keluarganya kerana percaya ia memiliki kuasa luar biasa iaitu membawa rezeki.
Amira menunjukkan labu air di kebun milik keluarganya di Kampung Melayu Majidee. |
Menurutnya, dia dan ahli keluarganya terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki pada awal pagi minggu lalu berkumpul dan membakar kemenyan di kebun yang terletak bersebelahan kediamannya.
“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun berkenaan sejak dua tahun lalu dan labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.
“Beberapa penduduk datang ke kebun kami untuk merakamkan gambar kerana menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” katanya. Credit HM
Catat Ulasan