Babak pegang bra tidak L ucah - Aaron Aziz

Pelakon Aaron Aziz yang ditemui ketika malam gala filem Suamiku, Encik Perfect 10! di GSC Mid Valley kelmarin menafikan yang babaknya memegang pakaian wanita atau bra dianggap sebagai perbuatan lucah. Ini kerana babak tersebut lebih kepada menceritakan informasi mengenai wanita yang mengandung yang ingin disampaikan melalui filem itu.
“Saya tidak rasa teruk sangat babak itu. Sebab apa yang kita sampaikan adalah mengenai pakaian dalam wanita tidaklah lucah sebab babak itu lebih kepada penjelasan berkaitan dengan wanita yang mengandung dan bukanlah suka-suka untuk berbuat begitu,” katanya.
Dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw, Suamiku, Encik Perfect 10! Aaron bergandingan bersama Lisa Surihani yang juga merupakan kali kedua bersama selepas filem terakhir mereka, Ombak Rindu, juga adaptasi novel pada tahun 2011 yang lalu.
Jelasnya kali ini wataknya sangat berlainan sekali daripada genre-genre romantik yang dilakonkan kerana dipertemukan dalam penceritaannya yang bukan berdasarkan cinta pertama.
“Filem ini merupakan satu kelainan bila Zarief (Aaron Aziz) dipertemukan secara tak diduga dengan Aleeya (Lisa Surihani) dalam kapal terbang dari London ke Malaysia. Pertolongan Zarief ringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua,” ujarnya ringkas. RTKY


Catat Ulasan