Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo nampaknya sudah menemui cinta baru, sejak menamatkan hubungan yang sekian lama terjalin bersama teman wanitanya Irina Shayk, apabila berita melaporkan pemain itu keluar bersama wartawan TV Sepanyol Lucia Villalon.
Ronaldo dilihat meraikan kemenangan anugerah Ballon d'Or bersama Lucia selepas berjaya menewaskan pesaingnya Lionel Messi dan Manuel Neuer.
Penyerang Portugal itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini mengesahkan hubungannya dengan Irina sudah berakhir.
"Selepas menjalinkan hubungan selama lima tahun, hubungan saya dengan Irina sudah berakhir. Kami percaya keputusan itu adalah langkah terbaik buat kami ketika ini."
Ronaldo tidak menunjukkan sebarang tanda kecewa selepas berpisah dengan Irina apabila dilihat ketika mengambil anaknya, Cristiano Ronaldo Jnr dari sekolah di Madrid.
Beberapa penyokong menunggu berhampiran sekolah itu dan meminta untuk bergambar selfie dan dia begitu gembira dan bersemangat.
Pemain itu bergelar bapa pada Julai 2010 dan sebelum itu mengakui menjadi seorang bapa banyak mengubah dirinya.
"Sudah tentu perkara seperti itu memberi kesan kepada anda. Ia adalah satu tanggungjawab yang berbeza," katanya.
"Mungkin saya rasa lebih selesa. Saya selesa apabila semua berjalan lancar. Keluarga saya, kelab, rakan yang banyak memberi sokongan untuk semuanya.
"Saya suka jika anak saya menyukai bola sepak dan menjadi pengganta saya tapi kita lihat apa yang terjadi nanti.
"Anak saya boleh memilih apa yang diingininya," katanya.
Identiti ibu kepada anaknya tidak pernah didedahkan namun pada 2011 dilaporkan bahawa ia adalah seorang pelajar British berusia 20 tahun yang dibayar £10 juta (RM54.5 juta) untuk menyerahkan hak sebagai ibu bapa kepada Ronaldo.
Ronaldo berpisah dengan Irina selepas lima tahun menjalin hubungan dengan berita itu disahkan hujung minggu lalu selepas khabar angin mula bertiup kencang apabila Irina tidak lagi mengikuti perkembangannya di Twitter.
Model itu juga tidak hadir ketika sambutan meraikan kejayaan Ronaldo merangkul anugerah Ballon d'Or kali ketiga pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun tanpa kehadiran Irina, kelihatan Lucia bersamanya meraikan kejayaan itu.
"Ada 3! Tahniah kerana bola emas, 12 Januari di Zurich ," tulis Lucia.
Jurucakap jenama kecantikan Victoria Secret itu Sabtu lalu mendedahkan: "Kami boleh mengesahkan hubungan Irina Shayk dengan Cristiano Ronaldo selama lima tahun sudah berakhir.
Ibu Ronaldo tidak menyukai bekas kekasihnya itu dan ia dikatakan antara penyebab hubungan cinta mereka putus.
Manakala cinta baru Ronaldo itu adalah pengikut setia yang sentiasa mengikuti perkembangan karier sukannya dan Lucia adalah seorang wartawan yang memiliki ijazah dalam undang-undang dan kewartawanan.
Wartawan berusia 26 tahun itu menyaksikan perlawanan Real Madrid menentang Getafe dalam cuaca sejuk bersorak meraikan bintang dunia itu beraksi bersama beberapa rakannya. Credit HM
Catat Ulasan