10 Tahun ketagih Zamani umpama mayat hidup, semoga pulih

Zamani adalah salah seorang penyanyi yang mempunyai suara emas, alunan suara nya boleh memukau sesiapa sahaja yang mendengar nya, namun sayang nya Zamani terjerumus kedalam najis dadah dan telah 10 tahun terlibat dalam penagihan itu.


Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan dikediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Morphine. 

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu). 

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik dikediaman penyanyi itu. 

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.


Ramai peminat-peminat beliau mendoakan agar ini lah jalan terbaik untuk Zamani pulih kembali dari ketagih najis dadah dengan di tangkap dan di masukan ke pusat pemulihan dan semoga diri nya dapat dibimbing ke arah jalan kebaikan, menjadi insan normal seperti oarng lain.

Jika sebelum ini mungkin ramai yang sudah syak Zamani teribat dengan dadah dengan apabila dilihat susut tubuh badan nya yang agak kurus seumpama mayat hidup, kini sememang nya sudah sah zamani terlibat dengan dadah, dan semua mendoakan agar beliau pulih kembali seperti sedia kala.


Catat Ulasan