3 Gambar : Paris Hilton dalam pesawat teruja ke Malaysia


Pada satu ketika dahulu nama Paris Hilton jadi sebutan sebagai mana bekas pembantunya, Kim Kardashian yang kini mengecap populariti yang sama.

Waris kepada peneraju bidang perhotelan ternama, Hilton Hotel, Paris bakal bersama peminatnya di Malaysia bermula hari ini. 

Paris yang merupakan penyanyi, pelakon, bintang realiti televisyen, ahli perniagaan dan sosialit terkenal ini berada di ibu negara atas jemputan Empire City yang bakal menganjurkan Party Of The Century di kawasan yang baru di buka sekitar Damansara Perdana. 

Dia yang ketika artikel ini ditulis sedang dalam perjalanan Kuala Lumpur setelah dilaporkan sibuk menghadiri minggu fesyen di Milan, Itali.

Di dalam Instagram rasminya, Paris berkongsi fotonya di dalam suite kelas satu pesawat Emirates yang menerbangkan ke Kuala Lumpur dari Dubai dan dijadualkan tiba pada malam ini. 


“Bye Dubai! Taking off to Kuala Lumpur! Can't wait to go to Malaysia for my first time!”


Selain daripada Paris Hilton, penyanyi ini akan disertai kumpulan pop Korea, 2AM dan Taboo daripada Black Eyed Peas serta Mark Vincent penyanyi tenor Australia dijadualkan membuat persembahan pada 23 Januari iaitu Jumaat ini di Party of The Century bermula lewat petang itu. 

Parti yang bertemakan Glamourous 20’s itu hanya dibuka kepada undangan itu dinantikan ramai peminat selebriti terkemuka dunia ini. Credit Murai 


Catat Ulasan