Video : Sayu nyaa saat nyawa gadis ini diambil mereka .. kenapa tembak dia hanya bawa pisau ?

Seorang wanita maut ditembak askar Israel kerana didakwa cuba menikam seorang lagi askar di sebuah perhentian bas, kelmarin.
 
Melalui video rakaman amatur, Isra Abed, 28 yang dikelilingi askar Israel dilihat melutut sambil mengangkat tangan sebelum tembakan dilepaskan.
 
 
Laporan Jerusalem Post yang menggelar wanita tersebut sebagai 'pengganas' mendakwa Isra membawa sebilah pisau dan cuba menikam seorang askar wanita.
 
Seorang doktor dari Gaza pula mendakwa Isra tidak menimbulkan sebarang ancaman.
 
"Jika dia membawa pisau sekali pun, 10 askar Israel mampu menahannya tanpa melepaskan tembakan," kata Belal Dabour.
 
Kejadian tersebut menyemarakkan lagi api kemarahan warga maya selepas seorang wanita hamil terbunuh dalam serangan udara Israel semalam.-sinar


Catat Ulasan