Wanita di penjara 6 tahun dera pembantu rumah sehingga parah

Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada seorang wanita kerana mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Law Wan-tung, 44, didapati bersalah atas 18 hingga 20 pertuduhan penderaan ke atas Erwiana Sulistyaningsih yang dilakukannya pada tahun 2013.

Memetik laporan New York Times, Erwiana yang kini berusia 24 tahun memberi keterangan bahawa dia dipaksa membersihkan rumah selama 20 jam setiap hari tetapi tidak diberikan gaji.

Selain itu dia juga dipaksa untuk tidur di dalam almari dan membuang air kecil dalam beg plastik atau baldi kerana tidak dibenar menggunakan tandas. Erwiana juga hanya diberi makan nasi dan roti.
Perbuatan kejam wanita itu hanya diketahui umum apabila beberapa keping gambar Erwiana yang terlantar parah di hospital Indonesia tersebar.

Law Wan-tung menghantar pembantu rumahnya itu balik semula ke Indonesia sekitar Januari 2014. Erwiana dipakaikan lampin kerana tidak larat untuk menggunakan tandas.

Wan-tung yang mempunyai dua orang anak turut menyarungkan beberapa lapis pakaian serta mengenakan solekan kepada Erwiana bagi menyembunyi badan yang kurus dan luka-luka.

Menurut portal berita itu lagi, pemandu teksi yang membawa mereka yang lapangan terbang dikatakan menghidu bau hancing dan najis.

Dalam salah satu keterangan Erwiana, bekas majikannya itu pernah menyumbat tiub penyedut hampagas ke dalam mulutnya hingga menyebabkan dua gigi patah. Dia turut dipukul dengan mop selain diugut bunuh.Credit NEWS


Catat Ulasan