Wajah kekasih dan bakal isteri Taufik yang pasti bukan Fazura

Gambar Kekasih atau bakal isteri Penyanyi yang popular dengan lagu " Awak Kat Mana " berjaya di cari oleh web popular Media Hiburan yang pasti ianya bukan selebriti jelita Malaysia iaitu Fazura seperti yang di gossipkan.

Tahniah kami ucapkan terlebih dahulu kepada penyanyi Singapura, Taufik Batisah mengenai dirinya yang bakal mendirikan perkahwinan pada April nanti dengan kekasih pilihan hati yang juga dikatakan berasal daripada Singapura.

Melalui Media Hiburan, seorang perminat hiburan telah berkongsi sekeping gambar didakwa merupakan kekasih Taufik yang dikatakan bakal isteri penyanyi itu nanti. Wanita yang berjaya mencuri hati pelantun lagu #AwakKatMane ini berasal dari Singapura dan dikenali dengan nama Sheena Akbal.
Taufik dan Fazura pernah di gossipkan oleh peminat di Malaysia 
Sehingga kini, Taufik masih belum mendedahkan wajah atau nama bakal isterinya. Namun, jika betul wanita dalam foto ini adalah bakal isterinya, pasti Taufik adalah insan paling bertuah kerana memiliki isteri yang cantik dan memahami kerjayanya.
Apa-apa pun, kami kagum bagaimana Taufik menjaga kisah peribadinya dengan cukup kemas malah dalam masa yang sama, bakal isterinya juga bijak menyimpan langkah agar tidak dihidu oleh orang ramai mahupun media. Credit rtky 


Catat Ulasan