Rumah Kapten Pahang di tembak malam tadi

Kuantan: Rumah kapten pasukan Pahang, Mohd Razman Roslan, 31, ditembak oleh individu tidak dikenali menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Razman bersama keluarganya sudah tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan, namun cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah.

"Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu.

"Setakat ini, menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu," katanya ketika dihubungi,di sini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan menganggu siasatan polis.

Kapten Pahang, Razman Roslan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes rumahnya di Lorong Kubang Buaya 35, Kuantan yang ditembak suspek tidak dikenali, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) milik pemain pertahanan berusia 31 tahun berasal dari Kajang, Selangor itu pecah manakala beberapa peluru turut mengenai dinding rumahnya.
"Ketika kejadian saya sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar bunyi letupan.Credit HM,BH


Catat Ulasan