Kuala Lumpur : Sekeping gambar yang menunjukkan kubur yang telah diubah suai menjadi viral di laman Facebook hari ini.
Gambar yang dimuat naik pengguna Facebook, Muntazir Nasrallah 18 jam yang lalu telah mendapat 788 perkongsian setakat jam 3.34 petang tadi.
Walaupun gambar tersebut berjaya mencuri perhatian warga maya, namun hampir kesemua reaksi adalah negatif dan mengutuk cadangan tersebut.
“Tempahan Dibuka! Luaran; warna ikut pilihan. Kalau nak mural Heri Poter pun boleh.
“Dalaman; sistem audio mp3 bacaan Quran 24 jam dengan sumber tenaga solar. (Waktu malam guna bateri yg telah dicas pada siang hari). Bacaan Yasin automatik setiap malam Jumaat. Bacaan tahlil automatik pada 7 hari pertama setiap malam, tahlilan automatik pada hari ke 40, hari ke 100 dan pada tarikh ulangtahun kematian.
“Optional: Speaker luar utk penziarah tumpang dengar. Jimatkan duit anda. Tak perlu upah orang baca Quran dan tahlilan. Tak perlu buat kendhuri. Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah,” memetik kapsyen di foto kubur merah jambu Facebook Muntazir.
Walaupun Muntazir banyak mendapat teguran dan reaksi, dia masih lagi mempertahankan pandangannya berhubung inovasi kubur itu.
Mengikut hukum agama juga, Islam melarang untuk mengadakan sebarang binaan di atas kubur dan perkara itu dijelaskan oleh Rasullullah SAW melalui Hadis Riwayat (HR) Muslim.
“Rasulullah S.A.W melarang untuk kubur dikapur, duduk di atasnya dan membina binaan di atasnya,” HR Muslim.
Merujuk kepada hadis tersebut, para ulama selalu menasihati umat Islam agar tidak mendirikan binaan di atas kubur.
Beberapa majlis agama Islam di Malaysia juga telah pun mengeluarkan fatwa mengenainya sebagai ingatan dan panduan umat Islam di negara ini antaranya ialah Selangor dan Kedah.Credit SuaraTV
Catat Ulasan