Nama pelik perkerja KLIA timbul troll di media sosial


Nama pelik seperti " PINTU " , " MASUK " dan " BOM "  milik perkerja di KLIA timbul troll di media sosial, namun apa yang dikesalkan Keghairahan membuat jenaka atau mencetuskan viral di laman sosial kini makin sering menjadi kegilaan yang mengakibatkan panik di kalangan orang ramai dan menyusahkan pihak berkuasa.

Terbaru, polis hari ini terpaksa menjelaskan bahawa penyebaran maklumat kononnya terdapat bom berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak semalam sehingga hampir mencetuskan rasa panik adalah palsu.
Nama ini cetus panik di KLIA
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, ASP Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditanya pemberita mengenai penyebaran maklumat berkenaan mengesahkan bahawa tiada sebarang insiden berkaitan bom dilaporkan di kawasan KLIA semalam.

“Tidak ada bom dekat KLIA semalam. Perkara itu tidak benar,” katanya yang turut menyedari maklumat berkenaan yang tersebar luas melalui rangkaian media sosial.

Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam mendakwa kononnya terdapat sebutir bom berhampiran KLIA dalam radius (lingkungan) 30 kilometer.

Namun gambar yang disertakan bersama maklumat tersebut menunjukkan gambar pas pekerja seorang individu lelaki didakwa petugas MASKargo yang bernama ‘Bom’. Credit SuaraTV



Catat Ulasan