Julia Perez buang tatu kalimah azan Hayya alal falah

Jakarta: Penyanyi dangdut sensasi Julia Perez akhirnya memenuhi janji untuk membuang semua tatu pada badannya selepas menunaikan ibadah umrah bulan lalu.

Sebelum ini Julia Perez ini penuh dengan kontroversi, tak habis-habis teknik yang digunakan untuk mempopularkan dirinya sendiri. Terbaru Julia Perez yang dikenali dengan nama glamer Jupe telah melukis tatu “Hayya ‘alal falah” di belakang tubuhnya.
Dia yang lebih dikenali dengan nama Jupe melakukan proses memadamkan tatu itu di Jakarta Utara, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak tidur sepanjang malam sebelum menjalani proses berkenaan kerana bimbang menanggung kesakitan.

“Memang sakit. Tetapi dengan izin Allah, proses berkenaan berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi selepas menjalani kerja memadamkan tahu itu di Dataran Mangga Square.

Penyanyi yang juga pelakon itu mengaku mempunyai empat tatu pada tubuhnya dan membelanjakan kira-kira Rp30 juta (RM8,500) untuk memadamkannya.

“Duit bukan masalah. Yang penting saya mahu memadamkan semua tatu ini,” katanya.

Proses membuang tatu itu, termasuk satu dipunggung Jupe, tidak selesai dalam masa sehari. Dia dikatakan perlu datang sehingga empat kali, sebelum dapat memadamkan tatu itu, kerana ada yang dibuat dengan dakwat tebal.Credit HM 




Catat Ulasan