Jenazah Harun Salim Bachik akan disemadikan 9 pagi ini

Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55‎, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang semalam di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak.
 
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di kawasan berkenaan.
 
Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.
 
Dalam perkembangan lanjut, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah , Jalan Perdana 8/1, Taman Pandan Perdana, Cheras sebelum dikebumikan pada jam 9.00 pagi ini. 
 
Takziah Media Hiburan Online ucapkan kepada keluarga Allahyarham atas pemergian bintang hebat ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-fatihah.Credit Media hiburan 


Catat Ulasan