Irina Shayk terasa Hodoh dan tidak selamat bersama Cr7


Bekas teman wanita pemain bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, Irina Shayk mendedahkan bahawa dirinya sering terasa hodoh dan tidak selamat ketika berada di sisi lelaki itu suatu masa dahulu.

Kenyataan itu dibuat menerusi satu temubual bersama majalah Hola baru-baru ini.

Selain kenyataan itu, Shayk juga menyatakan ciri-ciri lelaki idaman dan mengakui bahawa pemain bola sepak itu tidak memiliki kriteria tersebut.

“Lelaki idaman saya adalah seorang yang setia, jujur dan menjaga hati seorang wanita. Saya tak percaya kepada lelaki yang buat teman wanitanya berasa sedih kerana bagi saya ia tidak menggambarkan sikap seorang lelaki yang matang.

“Saya sangka sewaktu bertemu dia (Cristiano Ronaldo), dia adalah lelaki idaman saya namun sebaliknya tidak.

“Saya rasa wanita akan berasa hodoh dan tidak selesa jika mereka bersama dengan lelaki yang salah. Saya telah merasakan pengalama itu dan saya juga rasa seperti tidak selamat,” katanya.




Tambah model itu lagi, adalah lebih baik mengakhiri hubungan mereka melainkan hubungan tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Seakan-akan memerli pemain bola sepak antarabangsa itu, Shayk turut mengatakan bahawa dia sukakan seorang lelaki yang setia.

“Hubungan cinta adalah adala sesuatu perkara yang agak sukar jadi ia amat penting untuk mencari seseorang yang benar-benar memahami diri saya.

“Sebab itu saya sukakan lelaki yang jujur dan setia kepada teman wanitanya.” ujarnya.

Terdahulu, Ronaldo dan Shayk pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun namun hubungan itu terputus di pertengahan jalan.

Spekulasi mengatakan hubungan mereka putus gara-gara orang ketika namun baik Ronaldo mahupun Shayk masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri.Credit Astrogempak


Catat Ulasan