Bakal bercerai, guru salahkan Kementerian Pendidikan


Seorang guru lelaki menyalahkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai punca dia dan isterinya bakal bercerai.

Luahan hati guru lelaki itu dimuat naik ke laman Facebook e-g Tukar Pertukaran Guru Suka Sama Suka dan viral semenjak semalam.

Guru berkenaan, Ismahadi Isa, 27 tahun, bertugas di sebuah sekolah di daerah Tatau, Bintulu dan telah berkahwin dengan pasangannya, Siti Innarah, 23 tahun, semenjak November 2013.

Memetik luahan tersebut, Ismahadi mendakwa isterinya hilang rasa sayang kepadanya selepas tiga tahun mereka berjauhan.


Catat Ulasan