Video: Nama makhluk ganjil mengemparkan dikenal pasti

Sibu : Pada hari Jumaat, 30 Januari 2015, pekerja - pekerja di sebuah ladang kelapa sawit telah merakam video seekor makhluk aneh di Sibu, Sarawak. 
Menurut laporan Borneo Post Online, binatang itu cuba untuk menyerang pekerja ladang tetapi mereka telah berjaya memukulnya sehingga pengsan. Selepas ia sedar, makhluk itu dihalau semula ke dalam hutan.

Video tersebut telah menjadi viral dan menjadi tanda tanya atas jenis spesis haiwan. Pekerja ladang itu tidak melaporkan peristiwa ini kepada pihak berkuasa. 
Dalam pada itu Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, pagi semalam, adalah Beruang Matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.


Catat Ulasan