Video : Kontroversi banner anjing dan cium mulut cacatkan kemenangan JDT

Pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT vs Pahang, penyokong JDT merentangkan banner bergambar anjing memakai baju lambang FAM sambil memegang anak anjing dan juga pasangan bercium di hadapan orang ramai sedikit sebanyak mencacatkan kemenangan JDT malam itu.

Foto tersebut telah tersebar menerusi media sosial bagaimanapun telah mendapat kritikan orang ramai dengan menyifatkan perkara tersebut sangat keterlaluan.


Meskipun banner tersebut tidak ditujukan kepada Pahang namun tenyata ia dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun kami tidak tahu apakah sebenarnya maksud kain rentang dengan gambar anjing tersebut.

Semoga ianya tidak memberi maksud yang tidak baik kerana sukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara pihak lawan. Credit Siakapkeli 


Catat Ulasan