Video : Akibat muat naik video anak seksa Kucing, ibu tutup facebook

Seorang  wanita terpaksa menutup akaun Facebooknya selepas tindakannya memuat naik video anak perempuannya bermain dengan kucing menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial itu.

Persatuan kebajikan haiwan Mexio mengkritik Molina Tapia, 31, kerana video anaknya itu dianggap sebagai mendera kucing dan ia mungkin boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang yang ganas apabila dewasa kelak.

Polis di Mexico City berkata, mereka bagaimanapun tidak boleh mengambil tindakan terhadap Tapia kerana kekejaman haiwan tidak bertentangan dengan undang-undang di negara itu.
Awal bulan lalu, Tapia memuat naik video berjudul ‘Anak perempuan kesayangan saya dengan kucing kesayangan kami’.

Menurut laporan Mirror, Video berdurasi 1.21 minit itu menunjukkan kanak-kanak terbabit duduk di atas badan kucing yang jelas menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu, sebelum memusingkannya di sekitar ruang tamu rumah mereka.

Seorang ahli kumpulan hak asasi haiwan Justicia para Callejerit berkata, terdapat perbezaan antara melayan haiwan dengan buruk dan melayan manusia dengan buruk, dan kanak-kanak yang sering mendera haiwan berkemungkinan membesar sebagai orang yang ganas. Credit suara.tv


Catat Ulasan