Pelajar mangsa buli di gunting rambut sampai robek

Pasir Mas: “Saya takut nak gi sekolah kerana bimbang mereka masih dalam kelas sama...saya takut mereka buat lagi,” kata Arif Ahmad Jani, 10, murid tahun empat yang didakwa dibuli rakan sekelasnya di sebuah sekolah rendah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Arif mendakwa tangannya diikat ke belakang menggunakan tali rafia sebelum rambutnya digunting dua rakan sekelas ketika mereka dalam perjalanan ke pusat sumber sekolah.

Menurutnya, ketika itu dia bersama rakan lain berjalan keluar dari kelas sebelum dua murid berkenaan menahannya dan menarik tangannya ke belakang.
“Kami sepatutnya ke pusat sumber untuk kelas bahasa Inggeris, tetapi mereka tahan saya dan tarik tangan ke belakang. Mereka juga ikat tangan saya tanpa sebab.

“Sejurus itu mereka terus mengeluarkan gunting dan menggunting rambut saya. Mereka buat tanpa menghiraukan jeritan dan tangisan saya yang minta dilepaskan.

Semoga kes adik Arif ini mendapat pembelaan sewajar nya dan pembuli dapat diambil tindakan sewajar nya. Credit Harian Metro 


Catat Ulasan