Sungai Buloh: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun lemas selepas mandi di lombong berhampiran Taman Seri Pagi, Saujana Utama 1, kira-kira 5.30 petang, semalam.
Mangsa dikatakan pergi ke lokasi kejadian untuk mandi bersama beberapa rakannya sebelum dilaporkan lemas.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.49 pagi dan tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Menurutnya, tiga jentera bersama 15 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Balai Bomba Bestari Jaya dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan.
"Mayat mangsa berjaya ditemui pada 2 pagi dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Suprintenden Junaidi Bujang berkata, mangsa dikenali sebagai Aiman Daniel Amin Remmy dan pelajar tahun lima itu pergi ke lokasi bersama empat rakannya selepas aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama.
Menurutnya, rakan-rakannya yang terkejut dengan kejadian itu terus pulang ke rumah dan berdiam diri sebelum menunjukkan lokasi kejadian apabila ditanya oleh ibu mangsa yang mencari anaknya itu kira-kira 11 malam. Al-fatihah Credit HM
Catat Ulasan