Kisah Ustaz berbasikal dari Perlis, Kelantan, Johor demi mengajar alquran dan hadis

Admin sungguh tertarik mengenai kisah seorang Ustaz yang merantau dengan hanya berbasikal dari Perlis ke Kelantan dan kadang kala sampai ke Johor demi mengajar Al-Quran dan Hadis.

Ini yang diceritakan melalui facebook seorang pelayar media sosial bernama Che Wan dan artikal ini telah di post di laman facebook Sukan Star dan Group MTB Malaysia.





Ringkasan kisah mengenai Ustaz Zaki : 

Posting dari group MTB Malaysia

Wali gerek atau pun wali gunung.. Itulah gelaran yg diberi kepada insan ini oleh para pengembara basikal mahupun masyarakat setempat.

Ust Zaki berulang alik dari perlis ke kelantan adakala ke johor dgn basikal doifnya.. Semata2 mengajar alquran dan hadith.. 

Kami 2 kali jumpa dgn beliau pertama di banjaran titiwangsa dan kemudian di arau.


Sy dan sahabat ingin mengajak semua kawan2 kita buat satu kutipan derma ikhlas utk kita carikan beliau sebuah basikal yg sempurna bagi memudahkan urusan beliau untuk berdakwah..

Kami bercadang utk belikan beliau fuji sporttouring beserta pannier dan kelengkapan basikal lain..
Tersentuh hati sy semasa menemani beliau berkayuh dari puncak titiwangsa ke bandariang.

Kami akan lantik mana2 kedai basikal utk menguruskan pembelian.. Dan sy juga inshaaAllah ingin ajak semua rakan utk smpaikan sumbangan ini kepada beliau.. Segala sumbangan atau pertanyaan bolehlah hubungi saya. 0129317434. che wan.

"Sy xpernah pakai basikal smpai 8speed.." Beg tepi sy putus motor langgar." Inilah ayat beliau..

Kita mampu julang basikal2 puluhan ribu kita semoga sedekah seringgit itu lebih ringan dari basikal kita.

Gambar tersebut telah di upload oleh saudara Che Wan semasa beliau berjumpa Ustaz Zaki semasa sama-sama berbasikal, sesiapa yang berniat ingin membantu Ustaz Zaki dalam meneruskan usaha murni nya boleh ke Facebook beliau atau menghubungi No di atas. Credit Sukan Star MTB dan Che Wan.


Catat Ulasan