Azwan Ali dakwa difitnah kutuk Jaafar Onn di Twitter

Pengacara sensasi, Azwan Ali akan membuat laporan polis berhubung penyebaran twit palsu yang mengaitkan dirinya dengan pelakon, Jaafar Onn.
Azwan ketika dihubungi The Rakyat Post berkata beliau akan membuat laporan berkenaan malam ini selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa pihak yang ingin menjatuhkannya.
“Orang boleh cut and paste dan edit. Cuba buktikan saya yang muat naik gambar itu. Ini adalah satu budaya biadap bin anjing sebilangan rakyat Malaysia.
“Saya tidak pernah cakap siapa artis itu tetapi saya akui memang ada menyebut bapok tua yang bermula dengan huruh J dalam rancangan Melodi dan itu saya tidak perlu takut,” katanya.
Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Azwan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya telah disihir oleh seorang artis yang bernama J namun tidak menyatakan secara terang siapakah artis itu.
“Macam-macam persoalan saya naik di Instagram dan Twitter. Pengikut saya tanya siapa J dan mereka cuba teka tetapi saya tidak pernah respon dan beri jawapan sebab saya tahu perkara itu boleh menggugat saya di mahkamah.
“Saya tidak hairan dengan akaun-akaun palsu yang cuba menjahanamkan nama Azwan Ali,” katanya kepada The Rakyat Post.
Terdahulu sekeping skrin shot akaun Twitter palsu Azwan yang memuat naik beberapa keping foto pelakon Jaafar Onn sedang mandi buih tersebar.
Namun beliau kemudiaannya menafikan perkara itu dengan mendakwa skrin shot itu telah diedit dan dimuatnaik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan namanya. Credit The Rakyat Post


Catat Ulasan