8 Gambar : Kerja menyelamat pesawat Taiwan terhempas 9 maut

Taipei :  Sekurang-kurangnya sembilan disahkan terbunuh selepas pesawat ATR-72 milik TransAsia Airways dengan 58 orang penumpang beserta kru terhempas di Sungai Keelung pagi tadi, lapor beberapa pegawai dan media tempatan.
Beberapa imej saat-saat terakhir sebelum pesawat itu terhempas yang berjaya dirakam pengguna jalan raya kini menjadi viral di laman-laman sosial.






Stesen-stesen televisyen tempatan turut menyiarkan rakaman beberapa orang penumpang yang lengkap dengan jaket keselamatan berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan diri selepas pesawat itu terhempas.
Pihak berkuasa Taiwan melaporkan 16 orang mangsa berjaya diselamatkan dan baki 33 lagi penumpang dilaporkan hilang. Credit Reuters,Kosmo,Dailymail,AFP


Catat Ulasan