Malang sememangnya tidak berbau.
Demikian nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang terkorban
akibat terjatuh dari tingkat enam di rumah kediamannya di Blok B PPR
Kota Damansara petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu yang menimpa adik Mohammad Zulhazriq, 5, menggemparkan penduduk kawasan setempat.
Kejadian melibatkan kanak-kanak malang itu dikatakan berpunca dari
kawasan bangunan kediaman berkenaan yang dikatakan tidak selamat hingga
menyebabkan mangsa terjatuh daripada tingkat enam.
Insiden itu sekaligus mengundang simpati masyarakat Malaysia apabila
keadaan mayat mangsa tersebar menerusi laman sosial, Facebook.
Pada masa yang sama, timbul persoalan mengapa pihak berkenaan seperti
kerajaan negeri langsung tidak bertanggungjawab terhadap permasalahan
yang dihadapi penduduk PPR berkenaan.
Lebih malang, insan tidak berdosa seperti ini yang menjadi mangsa kelalaian sikap sesetengah pihak.
Kanak-kanak itu dipercayai cedera parah di kepala dan anggota
badannya ekoran mayatnya ditemui sudah berlumuran darah oleh penduduk
setempat.
Insiden itu amat menyayat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kita doakan moga arwah adik Mohammad Zulhazriq dicucuri rahmat dan
ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mereka yang
bertanggungjawab dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan… Al-Fatihah. Credit MYNEWSHUB.CC
Catat Ulasan