Sidang media MH370 BATAL sebalik nya di umum di TV1 6 petang ini .

Putrajaya : Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.
Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri ahli keluarga dan waris mangsa.
Ketika mengumumkan pembatalan itu, Pegawai Jabatan Penerangan, Jagjit Singh memberitahu sidang media baharu akan diumumkan kelak dengan hanya memaklumkan ia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Namun Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 menerusi saluran RTM1, jam 6 petang ini.
Sepatutnya, Azharuddin mengadakan sidang media di ibu pejabat DCA di sini, jam 3.30 petang tadi namun dibatalkan atas sebab yang tidak diberikan.Credit B.Harian 


Catat Ulasan