Penjelasan Eira Syazira dituduh larikan duit 1000 downline Rania Marketing

Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Eira Syazira dan Azad Jasmin telah tampil bagi menjelaskan mereka berdua sudah tiada kaitan dengan Rania Marketing.

Ini terpaksa dilakukan berikutan terdapat rungutan dari para downline mereka yang rugi apabila melabur di dalam MLM tersebut.
“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
“Hampir 1000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat.
“Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.
Rania Marketing ini dikatakan adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy merangkap mak mertua Jimmy Shanley. Credit Katakcomel


Catat Ulasan