Kurang Ajar : Menang bot kadbod kerana jadikan MH370 bahan lawak

Wellington : Seorang adik perempuan kepada mangsa tragedi penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH370 merasa jijik terhadap sebuah pertandingan bot kadbod di Golden Bay.
 
Seorang peserta pertandingan tersebut telah 'menenggelamkan replika pesawat MAS' kerana merasakan ianya kelakar.
 
Sara Weeks, 38, adik kepada Paul Weeks, salah seorang penumpang MH370 yang masih belum dijumpai berkata, terkejut apabila tragedi berkenaan menjadi bahan jenaka.
 
"Belum cukup setahun (tragedi berkenaan berlaku)," kata Sara.
 
"Jika dia mempunyai ahli keluarga dalam pesawat (tragedi) tersebut, dia tidak akan anggap ia (tragedi) sesuatu yang kelakar," luah Sara, menurut laporan Stuff.co.nz.
 
Dalam sebuah pertandingan tahunan, Piala Tata Beach, peserta akan bersaing untuk berlumba menggunakan bot yang diperbuat dari kadbod, namun 'hadiah istimewa' juga disediakan untuk 'aksi tenggelam paling dramatik'.
 
Robert Chubb, peserta yang menenggelamkan replika pesawat tersebut, mengganggap tragedi berkenaan 'sudah cukup lama' dan 'orang ramai akan merasakan ianya (tragedi) kelakar'.
 
"Penonton rasakan ianya pertunjukan yang baik," kata Robert.
 
"Ia (tragedi) adalah tragedi antarabangsa, dan ini adalah suatu acara tempatan. Saya fikir orang ramai akan nampak ironi dan kelucuannya (replika pesawat MAS tenggelam)," tambahnya yang menang tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
 
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lepas. Credit Sinar


Catat Ulasan