Seorang anggota polis maut ditikam dengan senjata tajam selepas diserang sekumpulan penjenayah dipercayai warga asing semasa meronda di sebatang lorong di Taman Sentosa di sini awal pagi ini.
Rakan setugasnya pula nyaris maut setelah dilibas suspek dengan parang di muka dan kepala manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati.
Seorang anggota polis maut ditikam dengan senjata tajam selepas diserang sekumpulan penjenayah dipercayai warga asing semasa meronda di sebatang lorong di Taman Sentosa di sini awal pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd., 53, dan rakan setugasnya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, cuba menahan dua lelaki dan tiga wanita dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Raja Aizam telah ditikam di bahagian kepala manakala Mohd. Aidil cedera parah dilibas dengan parang.
"Kita sedang siasat punca kejadian," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Kedua-dua anggota polis yang cedera itu dihantar ke HTAR oleh pasukan bantuan yang tiba kemudian. Bagaimanapun, Raja Aizam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Mohd. Aidil kini masih dirawat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Raja Aizam yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan meninggalkan balu, Norsalmah Nordin, 52, dan empat orang anak berusia antara 17 hingga 25 tahun.
Jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya, Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.
Catat Ulasan