Qi Razali Sahkan Nellydia Senrose Masih Kekasihnya !


Qi Razali menjelaskan hubungannya dengan aktres Nellydia Senrose masih kekal sebagai pasangan kekasih.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 37, turut menafikan mereka sudah berpisah seperti apatah lagi Nellydia, 20, dikatakan telah mengeluarkan gambar Qi dalam Instagram miliknya.
"Kami masih lagi bersama dan belum berpisah seperti yang diperkatakan ramai.
"Saya pun tidak tahu kenapa dia keluarkan gambar-gambar saya di Instagram, tetapi saya menganggap dia berbuat demikian demi menjaga hati saya yang sering menerima komen berunsur negatif apabila dia memuat naik gambar saya.
"Dan sayatidak berkecil hati pun. Asalkan dia tidak buang saya dari hati dia sudahlah," selorohnya.
Qi ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Kokolog, siaran TV9 di Sri Pentas TV3 pada pagi Jumaat.
Tambah pengacara program Art Attack itu, dia dan Nellydia turut merancang untuk mendirikan rumah tangga kira-kira setahun lagi, selepas aktres itu dapat menyelesaikan beberapa komitmen berkaitan kerjayanya.
"Kami ada merancang ke arah itu (perkahwinan) tetapi bukan dalam masa terdekat ini kerana Nellydia mempunyai beberapa komitmen yang perlu dibuat.
"Mungkin selepas setahun, baru kami tetapkan tarikh yang sesuai," ujarnya.
Sementara itu, Qi turut berharap agar isu kononnya di berasa cemburu selepas Nellydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
Walaupun mengakui cemburu pada awalnya, namun Qi sedar dia tidak mungkin akan menyekat kerjaya Nellydia semata-mata kerana perasaan itu.
"Rasa cemburu itu sekejap saja. Bagi saya, itu maksudnya Nellydia memang hebat dalam lakonan. Malah semua drama-drama lakonan dia menjadi.
"Takkan saya nak halang kerja yang dia minat. Macam mana cemburu sekali pun saya tetap akan sokong dia dan kalau boleh mahu melihat dia berjaya sehingga dapat anugerah," tuturnya.

Sumber Asal


Catat Ulasan